Salamualaikum., pertamanya jangkaan saya selepas menamatkan pengajian dalam program Diploma Pengurusan Logistik dan Rangkaian Bekalan adalah untuk memiliki segulung diploma dengan lulus dan cemerlang. Bagi saya selepas menamatkan program ini, apa yang penting adalah memanfaatkan ilmu yang dipelajari dengan mencari pekerjaan serta memperluaskan ilmu dengan menceburi bidang-bidang perniagaaan.
Tanpa kita sedari, semua ilmu di atas muka bumi ini adalah Ilmu ALLAH s.w.t, jadi bersyukurlah kita sebagai insan yang terpilih untuk mendalami ilmu, dan beramallah dengan ilmu yang dipelajari mudah-mudahan insyaallah menjadi bekalan pahala pada kita di Akhirat kelak.
Disini, saya ingin berkongsi sedikit pandangan iaitu sebagaimana yang kita tahu orang yang tinggi darjatnya adalah orang yang berilmu dan beramal soleh., memiliki segulung ijazah dan sijil bukanlah satu syarat kepastian kita berjaya disisi ALLAH s.w.t , yang paling penting adalah bagaimana kita beramal dengan ilmu yang dipelajari, bak kata pepatah jadilah seperti padi, semakin berisi semakin tunduk. ijazah dan sijil yang paling berharga adalah sabar dan beramal soleh meskipun kita mencari keduniaan, berlumbalah dalam mengejar akhirat..
-salamualaikum....salam fisabililah.._-